HAFIZ PUNYA
4. PERCAYA KEPADA RASUL
Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah 285 yang bermaksud:
"Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya".
Rasul adalah utusan Allah, maka mentaati Rasul bererti mentaati Allah. Orang yang tidak mentaati Rasul bererti dia tidak beriman kepada Rasul. Orang tidak mentaati Rasul bererti dia tidak mentaati Allah dan balasannya adalah neraka.
JUMLAH NABI
Menurut riwayat Abu Zarr Al-Ghifari, jumlah para nabi adalah sebanyak 124000 orang manakala yang menjadi Rasul pula hanya sebanyak 313 orang. Tetapi ada pendapat yang mengatakan jumlahnya lebih daripada itu tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Daripada 313 orang itu, hanya 25 orang sahaja yang disebut dalam Al-Quran dan wajib diketahui oleh setiap umat Islam iaitu bermula dari Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W.
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT Hari kiamat adalah salah satu daripada nama-nama yang menerangkan tentang janji Allah kepada umat manusia tentang terjadinya huru-hara dan kehancuran alam semesta ini. Kemudian manusia akan dibangkitkan di Padang Mahsyar untuk dihitung amalan mereka semasa di dunia dan seterusnya mereka akan dimasukkan sama ada ke dalam syurga jika banyak amal kebaikannya dan ke dalam neraka jika banyak amal keburukkannya semasa mereka hidup di dunia. Firman Allah S.W.T tentang hari kiamat dalam surah Al-Hijr:85 yang bermaksud: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” Umat Islam wajib beriman dan meyakini bahawa hari kiamat itu pasti berlaku dan berusaha untuk melakukan lebih banyak amal kebaikan supaya mendapat ganjaran yang telah Allah janjikan iaitu syurga yang mempunyai pelbagai nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya. NAMA-NAMA LAIN BAGI HARI KIAMAT TANDA-TANDA HARI KIAMAT
Kesimpulannya, umat Islam wajib meyakini akan berlakunya hari kiamat kerana peristiwa ini adalah perkara yang dijanjikan Allah dan disebut di dalam Al-Quran dan diceritakan oleh para rasul kepada umatnya. Oleh itu, kita harus perbanyakkan amal kebaikan supaya kita berada di golongan yang dirahmati oleh Allah dan bukan yang dimurkaiNya 6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR' |
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qamar ayat 49:
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan".
Seterusnya, meyakini bahawa segala sesuatu yang dijanjikan Allah pasti akan terjadi contohnya, disebut di dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang melakukan kebaikan akan dibalas syurga dan sebaliknya. Oleh itu kita harus meyakini bahawa wujudnya nikmat syurga dan seksa api neraka.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam yang beriman dengan Qada' dan Qadar ini kita haruslah meyakini bahawa segala takdir yang ditentukan oleh Allah kepada kita adalah yang terbaik bermula dari sebelum kita lahir hinggalah kita meninggal dunia kerana Allah bersifat Maha Penyayang dan tidak akan menzalimi mana-mana hamba-Nya. Kita juga wajar bersangka baik dengan Allah ketika ditimpa musibah. Mungkin itu adalah salah satu daripada cara supaya kita makin mengingati dan makin dekat kepada-Nya.
Comments
Post a Comment