SAHABAT NABI YANG DIJAMIN MASUK SYURGA
1.0
Pengenalan
Sahabat
merupakan teman atau kawan yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan
kita tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti ahli keluarga kita.
Dalam Islam, sahabat seorang yang sangat penting dalam kehidupan kerana sahabat
dapat membantu untuk meningkatkan tahap keimanan terhadap Allah S.W.T. Sebagai
mana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-10,
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟
بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.)
Penulisan blog kali ini akan menerangkan tentang sahabat nabi yang telah
dijamin masuk ke dalam syurga Allah S.W.T kelak. Sebelum itu, kita haruslah
mengenali maksud sahabat nabi dalam Islam. Sahabat nabi merupakan mereka yang
pernah hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, mengenali baginda, beriman dengan
Islam dan menjadi rakan seperjuangan nabi Muhammad semasa mengembangkan Islam. Di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan
oleh Abdurrahman bin Auf, sabda Rasullah S.A.W :
أبو بكر في الجنة، وعمر في الجنة، وعثمان في
الجنة، وعلي في الجنة، وطلحة في الجنة،والزبير في الجنة، وعبد الرحمن بن عوف في
الجنة، وسعد بن أبي وقاص في الجنة، وسعيد بن زيد في الجنة وأبو عبيدة بن الجراح في
الجنة
( Abu Bakar di surga, Umar di surga,
Utsman di surga, Ali di surga, Thalhah di surga, Az-Zubair di surga,
'Abdur-Rahman bin 'Auf di surga, Sa`ad bin Abī Waqqās di surga, Sa'id bin Zaid
di surga, Abu Ubaidah bin al-Jarrah di surga )
-
Hadith Riwayat
Ahmad, Tirmidzi dan An-Nasai –
Berdasarkan hadith di atas, kita dapati terdapat 10 orang sahabat nabi yang telah dijamin masuk ke syurga oleh Nabi Muhammad. Peta I-Think di bawah menunjukkan senarai 10 orang sahabat nabi tersebut.
Sahabat |
Kawan yang tidak mempunyai hubungan
persaudaraan dengan kita tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti
ahli keluarga |
Tip memilih sahabat |
·
Sahabat yang bertaqwa ·
Sahabat dengan keperibadian yang lembut dan baik ·
Sahabat yang dapat menjaga keaiban ·
Sahabat susah senang bersama ·
Sahabat yang jujur |
Kepentingan sahabat |
·
Penyokong setia selain ahli keluarga ·
Ambil perhatian tentang segala aspek hidup kita ·
Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita |
Sahabat nabi |
Mereka yang pernah hidup
sezaman dengan Nabi Muhammad, mengenali baginda, beriman dengan Islam dan
menjadi rakan seperjuangan nabi Muhammad semasa mengembangkan Islam |
Nama penuh |
Abdullah ibni Abi Quhafah At-Tamimy (selepas islam) Abdul Kaabah ibni Abi Quhafah (sebelum islam) |
Nama gelaran |
Abu Bakar As-Siddiq Abu Bakar : gemar membiak unta As-Siddiq : membenarkan setiap pebuatan dan perkataan Rasullah |
Tarikh Lahir |
572 Masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasullah |
Tempat Lahir |
Makkah |
Keturunan |
Bangsawan Quraisy |
Sifat Peribadi |
· Jujur · Berbudi pekerti · Berani · Pemurah · Benci kejahatan |
Keislaman |
|
Jawatan |
Khalifah pertama Islam (632-634 Masihi) |
Sumbangan |
· Menumpaskan golongan Riddah (tidak mahu membayar zakat,
murtad, mengaku sebagai nabi) · Mula mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran · Mengembangkan syiar Islam ke negeri Farsi dan Rom · Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasullah
S.A.W · Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi
penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasullah S.A.W · Menemani Rasullah semasa penghijrahan dari Makkah ke
Madinah · Membebaskan hamba Islam yang diseksa dengan membayar
tebusan · Sentiasa bersama Rasullah dalam semua peperangan · Menderma seluruh hartanya untuk Perang Tabuk |
Tarikh wafat |
23 Ogos 634 (2 tahun selepas menjadi khalifah) 23 Jamadilakhir 13 Hijrah |
Tempat Wafat |
Madinah |
Lokasi Makam |
Di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid
An-Nabawi |
Sebab Kewafatan |
Terdapat beberapa pendapat : ·
keracunan ·
meninggal secara biasa |
2.2 Umar Al-Khattab
Nama Penuh |
Umar Bin Khattab bin Nuffail bin Abdul Uzza bin Ribbah
bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab |
Nama Gelaran |
Umar Al-Khattab Umar Al-Farooq Al-Farooq : dapat membezakan antara benar dan batil |
Tarikh Lahir |
579 Masihi |
Tempat Lahir |
Makkah |
Keturunan |
Arab Quraisy dari Bani Adi (golongan kelas pertengahan) |
Sifat Peribadi |
· Tegas · Bengis · Hebat dalam mentadbir · Seorang yang digeruni ramai · Prihatin terhadap rakyatnya |
Keislaman |
Semasa beliau berumur 39 tahun. Beliau datang ke rumah
adik perempuannya, Fatimah semasa adiknya sedang membaca ayat suci Al-Quran. Hati
beliau mula bergoncang setelah mendengar alunan ayat suci Al-Quran. |
Jawatan |
Khalifah kedua Islam (634-644 Masihi) |
Sumbangan |
· Perkembangan Islam secara pesat sehingga ke sebahagian
kawasan Parsi dan Rom Timur · Reformasi secara besar-besaran semasa pemerintahannya · Membentuk Majlis Syura · Membahagikan wilayah-wilayah Islam · Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah · Membuka tanah-tanah baru untuk sistem pertanian · Mengadakan projek pengairan bagi menambahkan lagi hasil
pertanian · Pembaharuan dalam kadar dan sistem cukai mengikut keselesaan
rakyat · Memperbaharui taraf kedudukan hamba · Menggalakkan kegiatan ilmu dan pelajaran |
Tarikh Wafat |
6 November 644 (Sabtu) 26 ZulHijjah 23 Hijrah |
Tempat Wafat |
Madinah ketika sedang mengimamkan Solat Subuh |
Lokasi Makam |
Di sebelah makam Rasullah S.A.W di Masjid An-Nabawi |
Sebab Kewafatan |
Pembunuhan terancang oleh Abu Lu’luah bin Muljam. Beliau
ditikam sebanyak 3 kali |
2.3 Uthman bin Affan
Nama Penuh |
Uthman bin Affan |
Nama Gelaran |
Zun-Nurrain : pemilik 2 cahaya kerana mengahwini 2 orang anak
perempuan Rasullah, Ruqayyah dan Ummu Khaltum |
Tarikh Lahir |
576 Masihi |
Tempat Lahir |
Makkah |
Keturunan |
Arab Quraisy yang kaya |
Sifat Peribadi |
·
Dermawan ·
Hebat dalam politik ·
Pakar dalam ekonomi ·
Pemalu ·
Rupa paras yang cantik ·
Lemah lebut |
Keislaman |
Menerusi Khalifah Abu Bakar |
Jawatan |
Khalifah ketiga Islam (644-656 Masihi) |
Sumbangan |
· Berjaya menyatukan mushaf Al-Quran yang berbeza-beza
menjadi satu mushaf · Mewaqafkan telaga air Yahudi untuk keperluan masyarakat
Islam · Penyebaran Islam menjadi lebih luas sehingga ke sebahagian
Afrika Utara dan Cyprus dan keseluruhan Iran menjadi empayar Islam · Berjaya membuka wilayah-wilayah baru |
Tarikh Wafat |
17 Jun 656 Masihi 18 ZulHijjah 36 Hijrah |
Tempat Wafat |
Madinah di rumah beliau |
Lokasi Makam |
Perkuburan Baqi’, Madinah |
Sebab Kewafatan |
Fitnah dan kekacauan berleluasa dengan dashatnya.
Muncul golongan yang terpedaya dengan tipu helah orang Yahudi ingin memerangi
beliau. Beliau yang sudah tua dan lemah ketika itu ditetak di
kepala semasa beliau sedang membaca Al-Quran di rumahnya. |
3.0
Penutup
Sebagai kesimpulan,
kita telah mempelajari serba sedikit tentang sejarah 3 orang sahabat nabi yang
dijamin masuk syurga. Melalui biodata 3 sahabat nabi di atas, terdapat beberapa
pengajaran yang boleh kita jadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
Nama : NURUL HIDAYAH BINTI KAMARUDIN
No. K/P : 020619011036
Angka Giliran : 2020182310132
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2
Nama pensyarah : DR. WAN FADZIL BIN WAN HARON
Comments
Post a Comment