PEMBUBARAN PERKAHWINAN ; TALAK
PEMBUBARAN PERKAHWINAN : TALAK
'saya ceraikan awak dengan talak 1'
itulah kata kata terakhir yang diucapkan oleh suami kepada isteri.
Pengenalan
Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan suami isteri yang bergaduh akan melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Jika isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan memohon fasakh. Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga." . Betapa pentingnya suami isteri dalam menjaga kesejahteraan rumah tangga walau pelbagai cabaran yang mereka lalui.
Ikuti sebuah kisah tentang perceraian yang berlaku di Malaysia :
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/664278/mohon-cerai-kerana-tinggal-dengan-mentua
TALAK
Peta I-think
Definisi talak
Syarat syarat talak :
- Suami = hendaklah baligh, berakal dan pilihan sendiri (mentalakkan) .
- Isteri = perempuan yang diceraikan hendaklah isteri yang sah.
- Wilayah = kuasa menceraikan terletak pada suami.
- Qasad = sengaja untuk menceraikan tanpa paksaan.
- Sighah = lafaz yang diucapkan sama ada kata kata, tulisan atau isyarat
Hukum talak
Peta I-think
- wajib jika suami isteri yakin bahawa jika mereka tetap bersama akan membawa kepada kemaksiatan atau perkara haram dan mereka tidak lagi bersefahaman.
- haram suami mentalakkan isteri ketika isteri sedang haid dan ketika isteri sedang bersuci setelah digauli tanpa diketahui hamil atau tidak.
- sunat suami mentalakkan isteri isteri atas sebab kemaslahatan isterinya sendiri serta dapat mencegahkan kemudaratan jika tetap bersama.
- makruh jika suami mentalakkan isteri tanpa keperluan.
- harus suami mentalakkan isterinya jika suami berhajat atau mempunyai alasan yang kukuh.
Jenis Talak
Peta I-Think
Kesan talak
- Jika berlakunya talak raj’ie, isteri berhak mendapat nafkah.
- Isteri berhak mendapat mut’ah jika penceraian atas kehendak suami.
- Akad perkahwinan yang baru diperlukan jika suami ingin mengahwini semula jika suami melafazkan talak ba’in sughra.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat diperolehi daripada tajuk talak ini adalah Islam itu tidak memberatkan mana pihak pihak, malah Allah telah berlaku adil kepada sepasang suami isteri. Seperti firman Allah dalam surah Al-baqarah Allah menyebut " ٱلطَّلَـٰقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌۢ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌۢ بِإِحْسَـٰنٍ " yang bermaksud talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”. Sebagai umat Islam, kita hendaklah meyakini dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Allah itu sebaik baik perancang. Jika ditakdirkan sesebuah rumah tangga itu roboh, maka percayalah bahawa Allah ingin memberi yang lebih terbaik dan Allah lebih tahu segalanya.
Mari Belajar Tentang Talak
Disediakan Oleh :
Nama : NUR NAJIHAH ADLINA BINTI ABDULLAH
No. K/P : 020604110138
Angka Giliran : 2020182310127
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2
Nama pensyarah : DR. WAN FADZIL BIN WAN HARON
Comments
Post a Comment