Yakini rukun iman




PETA ITHINK


Maksud beriman ini ialah membenarkan dengan hati,mengaku dengan lidah dan mengamalkan melalui perbuatan. Allah berfirman di dalam surah an nisa yang bermaksud  "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." Ayat alquran ini jelas telah menyebut tentang kewajipan mempercayai rukun rukun iman. Rukun iman ada 6 dan bilanggannya tetap enam
tidak terkurang atau terlebih.

1. BERIMAN KEPADA ALLAH

Rukun iman yang pertama adalah beriman kepada Allah.Kita perlulah meyakini rukun iman ini dan menjadikannya sebagai tunjang akidah umat islam.Kita sebagai umat islam dituntut untuk mempercayai sifat sifat kesempurnaan Allah dan menafikan kekurangannya.Kita wajiblah memepercayai kewujudan allah sebagai pencipta dan wajib disembah.Allah s.w.t. merupakan Tuhan yang wajib disembah dan diakui kemuliaan-Nya, kekuasaan-Nya dan dipatuhi hukum-hukum-Nya. Bukti kewujudan Allah ialah wujudnya sekalian makhluk dan alam ini. Allah turut menyatakan dalil kewujudan-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa dengan firman-Nya dalam al-Qur’an yang bermaksud:Dan tuhan kamu itu Tuhan yang satu. Tiada tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Seterusnya,rukun iman yang kedua ialah beriman kepada malaikat.Malaikat ialah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan nur cahaya.Malaikat ialah makhluk yang sentiasa taat kepada segala perintah allah.Seperti yang kita pelajari, terdapat 10 malaikat yang masyhur dan mempunyai tugas tugas yangtersendiri.Meyakini tentang hakikat kewujudan malaikat adalah sangat penting kepada umat islam supaya kita sentiasa melakukan kebaikan.Allah s.w.t. telah berfirman mengenai ketaatan dan kepatuhan para malaikat sebagaimana maksud dalam surah alnahl: Dan kepada Allah sajalah sujud segala apa yang ada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) malaikat. Pada hal mereka tidak sombong. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka serta mereka kerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka.

3. BERIMAN KEPADA KITAB

Rukun iman yang seterusnya ialah beriman kepada kitab kitab.Kita wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan iaitu kitab taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa, kitab zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud, kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa dan alquran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.Al quran kini telah menjadi sebagai panduan kepada umat islam pada zaman sekarang.Kita wajib percaya tentang kewujudan kita kitab ini dan kemukjizatan yang diberikan kepada rasul yang dipilih.Sesiapa yang menafikan satu dari kitab suci ini maka ia akan menyebabkan kerosakkan akidahnya.Hal ini kerana kempat empat kitab itu sudah disebutkan di dalam alquran.



SEMOGA BERMANFAAT!!!👍




Disediakan Oleh : 


Nama : NUR FITREEN ZULFA BINTI MOHAMMAD TASNIM
No. K/P : 021227020552
Angka Giliran : 2020182310124
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2
Nama pensyarah : DR. WAN FADZIL BIN WAN HARON


Comments