Posts

Showing posts from November, 2020

JOMLAH BERKENALAN DULU..😊😉🥰

Image
  Assalamualaikum tuan. Sebelum tuan mula menilai blog kami, haa jom la berkenalan dengan ahli kumpulan kami terlebih dahulu. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli :  1 . ABEYY ENCEM 😎😎 NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAIDI ASAL : CHANGLOON, KEDAH HOBI : MAIN GAME FAV COLOR : MERAH    2 . TANYALAH USTAZAH TV9 😁😁 NAMA : NURUL HIDAYAH BINTI KAMARUDIN ASAL : JOHOR BAHRU , JOHOR HOBI : MAIN INSTAGRAM + TIKTOK FAV COLOR : BIRU  3 .  AKAK MANISS 🥰🥰 NAMA : NUR FITREEN ZULFA BINTI MOHD TASNIM ASAL : ALOR SETAR , KEDAH HOBI : MENARI + MENYANYI FAV COLOR : BIRU  4 . ADIK COMEL  🤗🤗 NAMA : NUR NAJIHAH ADLINA BINTI ABDULLAH ASAL : NILAI , NEGERI SEMBILAN HOBI : MENULIS  FAV COLOR : BIRU  Itu sahaja sedikit pengenalan tentang kami. Harapnya tuan ingat la sedikit muka kami ni yang mana satu. Sekian dari kami.😊😉

HAFIZ PUNYA

Image
   4.  PERCAYA KEPADA RASUL       Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain . Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah 285 yang bermaksud:   "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya".        Rasul adalah utusan Allah, maka mentaati Rasul bererti mentaati Allah. Orang yang tidak mentaati Rasul bererti dia tidak beriman kepada Rasul. Orang tidak mentaati Rasul bererti dia tidak mentaati Allah dan balasannya adalah neraka.   JUMLAH NABI Menurut riwayat  Abu Zarr Al-Ghifari,  jumlah para nabi adalah sebanyak  124000 orang  manakala yang menjadi Rasul pula hanya sebanyak  313 orang.  Tetapi ada pendapat yang mengatakan jumlahnya lebih daripada itu tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui. Daripada  313 orang  itu, hanya  25 oran...

PEMBUBARAN PERKAHWINAN ; TALAK

Image
PEMBUBARAN PERKAHWINAN : TALAK 'saya ceraikan awak dengan talak 1' itulah kata kata terakhir yang diucapkan oleh suami kepada isteri. Pengenalan Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan suami isteri yang bergaduh akan melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Jika isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan memohon fasakh.  Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:  "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga." . Betapa pentingnya suami isteri dalam menjaga kesejahteraan rumah tangga walau pelbagai cabaran yang mereka lalui.  Ikuti sebuah kisah tentang perceraian yang berlaku di Malay...

Yakini rukun iman

Image
PETA ITHINK Maksud beriman ini ialah membenarkan dengan hati,mengaku dengan lidah dan mengamalkan melalui perbuatan. Allah berfirman di dalam surah an nisa yang bermaksud    "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." Ayat alquran ini jelas telah menyebut tentang kewajipan mempercayai rukun rukun iman. Rukun iman ada 6 dan bilanggannya tetap enam tidak terkurang atau terlebih. 1. BERIMAN KEPADA ALLAH Rukun iman yang pertama adalah beriman kepada Allah.Kita perlulah meyakini rukun iman ini dan menjadikannya sebagai tunjang akidah umat islam.Kita sebagai umat islam dituntut untuk mempercaya...

SAHABAT NABI YANG DIJAMIN MASUK SYURGA

Image
1.0   Pengenalan Sahabat merupakan teman atau kawan yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan kita tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti ahli keluarga kita. Dalam Islam, sahabat seorang yang sangat penting dalam kehidupan kerana sahabat dapat membantu untuk meningkatkan tahap keimanan terhadap Allah S.W.T. Sebagai mana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-10, إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.) Penulisan blog kali ini akan menerangkan tentang sahabat nabi yang telah dijamin masuk ke dalam syurga Allah S.W.T kelak. Sebelum itu, kita haruslah mengenali maksud sahabat nabi dalam Islam. Sahabat nabi merupakan mereka yang pernah hidup sezaman dengan Nabi Muhammad, mengenali baginda, beriman ...